LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 –PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT
24 June 2025
Tarikh
: 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa
: 9.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Lokasi
: SK Karak
Peserta
: Murid SK Karak
Tujuan: Taklimat kesedaran dan keselamatan internet ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan semua peringkat umur tentang bahaya penggunaan internet tanpa kawalan serta meluaskan tentang kempen internet selamat oleh pihak MCMC.
Aktiviti:
Taklimat telah diberi oleh pihak MCMC kepada murid SK Karak yang menghadiri program ini. Melalui program ini, pelajar dapat mempelajari cara melayari internet dengan selamat, jenis kandungan merbahaya di alam maya dan aktiviti alternatif yang boleh dilakukan pada masa lapang.