Kebanyakan kedai runcit dan gerai jualan makanan di kawasan ini terdiri dalam kalangan anak muda. Mereka berpendidikan tinggi dan tamat belajar dari pelbagai institusi namun memilih untuk memulakan perniagaan dari menunggu buah yang tidak gugur, iaitu peluang pekerjaan yang setara dengan taraf pendidikan mereka. Contoh terbaik adalah pembukaan cawangan Halal Mart oleh seorang anak muda berusia 24 tahun. Seorang lelaki. Memulakan perniagaan francais, namun dari hari ke hari mula menambah produk luar. Tindakan ini sangat membantu masyarakat seperti golongan wanita dan ibu tunggal yang meletakkan atau menumpang ruang premis perniaagaan untuk menjual hasil air tangan sendiri seperti Durian Crepe dan makanan sejuk beku.