Merupakan sebuah resort yang memfokuskan kehijauan dan alam semulajadi. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan tanaman di sini. Resort ini terletak di laluan Bentong-Raub. Keistimewaannya adalah harga yang lebih berpatutan berbanding resort lain yang mempunyai tema serupa. Selain menikmati keindahan alam, resort ini turut menyediakan aktiviti lain, seperti aktiviti memanah, berkelah, BBQ dan menaiki ATV.