
Buah pinggang kita bukan mesin. Bila rosak, tak boleh baiki, cuma boleh ganti.
Setiap hari, buah pinggang kita tapis hampir 200 liter darah. Kerja senyap-senyap. Tak pernah minta cuti.
Tapi bila rosak, ia senyap juga.
Tak sakit. Tak berbunyi. Tapi perlahan-lahan merosakkan seluruh badan.
Apa yang diam-diam meracun buah pinggang kita?
☠️ Minuman manis setiap hari
☠️ Ubat tahan sakit tanpa kawalan
☠️ Kurang minum air
☠️ Terlalu banyak makanan masin, diproses
☠️ Tak pernah periksa tekanan darah & gula
Tubuh kita perlukan air kosong. Buah pinggang perlukan makanan segar. Dan kita perlukan kesedaran, sebelum terlambat.
Jaga buah pinggang hari ini.
Kerana dialah penapis hidup kita.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia