Klinik Kesihatan membawa peranan yang sangat penting kepada masyarakat. Terdapat tujuh buah klinik kesihatan di Bentong, iaitu KK Bentong, KK Simpang Pelangai, KK Felda Lurah Bilut, KK Karak, KK Felda Mempaga, KK Telemong dan KK Felda Chemomoi. Klinik kesihatan memudahkan tugas kakitangan hospital kerana telah dibantu dan disaring oleh petugas di klinik kesihatan. Bagi masyarakat pula,klinik kesihatan memberi kemudahan kerana tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk ke hospital. Bentong agak besar dan penempatan penduduknya berserakan. Penduduk lebih ramai tinggal di kawasan pedalaman berbanding pusat bandar.