Berapakah jumlah NADi yang ada di seluruh negara ketika ini?
Sebanyak 873 NADi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADi juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta. 37 NADi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022. Sementara sebanyak 173 NADi akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 NADi. PEDi ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022. Ini menjadikan sebanyak 1,083 NADi beroperasi di seluruh negara.
Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADi?
Menerusi transformasi NADi ini terdapat lima inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:
Pertamanya, menaik taraf kepada NADi yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,
Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap PEDi bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat
setempat;
Ketiganya, setiap NADi akan mempunyai IKON Usahawan NADi dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;
Keempatnya, 600 Rakan Digital NADi akan dilantik di 600 NADi terpilih bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro NADi; dan
Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di NADi bagi mencapai pasaran yang lebih besar.
Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADi?
Setiap NADi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
- latihan ICT,
- Latihan keusahawanan,
- Latihan multimedia,
- e-pembelajaran,
Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan. Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan dita mbah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.
Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan NADi dapat dicapai dengan efektif?
Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan NADi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADi diwujudkan di semua NADi di
seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat NADi adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti berkaitan NADi serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADi tersebut. Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/NADi adalah membantu dalam memastikan NADi mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan NADi. Memberi s okongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang dijalankan di NADi bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di PEDi, serta membantu dalam penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di NADi kepada kumpulan sasar dan masyarakat.