Tarikan terbaru di Bentong pada hujung minggu adalah Bentong Walk. Diadakan setiap Sabtu dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam. Konsepnya hampir sama dengan pasar malam, pasar minggu cume berbeza sedikit kerana terdapat persembahan kesenian oleh belia dan pelajar sekolah. Pewniaga juga terdiri dari berbilang kaum. Begitu juga dengan pelbagai jenis barangan dan makanan, yang mana jarang di peroleh di tempat lain.