
AMBIL TAHU: PENGGANTIAN CIP MYKAD ROSAK SECARA PERCUMA
Selaras dengan pengumuman YB Menteri Dalam Negeri, mulai 23 September hingga 7 Oktober 2025, JPN menawarkan gantian cip MyKad rosak secara PERCUMA di semua pejabat dan kaunter JPN seluruh negara.
⚠️ Penting untuk diketahui: Tawaran ini hanya melibatkan cip rosak sahaja. Gantian MyKad atas sebab lain (hilang, kad fizikal rosak, perubahan maklumat, dan lain-lain) masih akan dikenakan bayaran permohonan seperti biasa.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia