
‼️Hanya baca jika anda teringin kurangkan berat badan.
Yang tiada keinginan, boleh skip dan terus makan seperti biasa.
Kalau anda masih di sini, maknanya anda serius nak mula
Tapi… mana mungkin nak tinggalkan sarapan kegemaran Malaysia macam nasi lemak, roti canai, mee goreng, lontong?
Berita baik: tak perlu tinggalkan.
Cuma ubah cara ambil.
Apa yang perlu diubah hanyalah cara pengambilan dan saiz hidangan.
Sebagai contoh:
Jika anda biasa mengambil dua keping roti canai dan segelas teh tarik, cuba tukarkan kepada satu keping roti canai bersama teh O kurang manis. Anda boleh menjimatkan lebih 300 kalori tanpa berasa seperti sedang berpantang.
Jika anda biasa makan nasi lemak lengkap dengan ayam goreng dan telur, cuba ambil nasi dalam kuantiti separuh, bersama sambal, telur rebus dan lebihkan timun.
Jika setiap pagi anda memilih minuman manis seperti milo ais atau kopi susu, cubalah bertukar kepada air kosong atau teh O suam. Ia mungkin terasa janggal pada awalnya, tetapi ia adalah langkah kecil yang membawa kesan besar.
.
Kita tidak meminta anda berlapar.
Kita hanya mengajak anda untuk lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang anda ambil setiap hari.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia