





Beberapa inisiatif penting sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat atas dukungan, atas kesetiaan, atas kebersamaan yang mengalirkan tenaga kepada agenda pemulihan dan reformasi negara.
Antara yang diumumkan:
• Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa
• Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
• Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
• Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
• Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia
Sejak hari pertama, inilah azam dan arah kita bahawa setiap dasar, setiap keputusan, setiap ringgit yang dibelanja harus mengangkat darjat dan martabat rakyat.
Semoga langkah-langkah ini benar-benar menjadi nafas kelegaan buat rakyat terbanyak dan menjadi obor keyakinan untuk kita terus melangkah bersama dalam perjalanan reformasi menuju sebuah negara yang lebih adil, makmur dan sejahtera.
Sumber: Facebook rasmi Perdana Menteri Malaysia.