mcmc
Maklumat Setempat

Bengkel Sistem My E-Halal Bentong

Baru-baru ini, Unit Penyelidikan (Pengurusan Halal) Pejabat Agama Islam Daerah Bentong telah mengadakan Bengkel Sistem My E-Halal di Pusat Internet 1Malaysia Taman Muhibbah. Peserta seramai 18 orang dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu pagi dan petang. Penyelaras program adalah Encik Muhammad Hafiz Bin Abdullah Sani. Peserta terdiri daripada pekerja Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah dan Bentong.