mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Bukit Raka

Bukit Raka merupakan salah satu bukit yang dikunjungi ramai pencinta alam semulajadi yang bukan sahaja di kunjungi oleh penduduk tempatan, malah turut di datangi oleh pengunjung dari luar Bentong. Ini merupakan salah satu tarikan di Bentong yang sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan kesucian alam yang belum tercemar sepenuhnya seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Ketinggian Bukit Raka adalah 579 meter dari aras laut. Pendakian mengambil masa selama dua hingga tiga jam untuk 4km perjalanan. Untuk mendaki ke puncak Bukit Raka,boleh melalui jalan masuk dari Mempaga, Taman Bentong Makmur dan Taman Perumahan Taman Hussin. Ketiga-tiga laluan ini mempunyai trek yang berbeza-beza dan cabaran muka bumi tersendiri. Di pertengahan trek untuk ke puncak Bukit Raka kita dapat melihat keseluruhan Mempaga. Di puncak Bukit Raka pula kita dapat melihat sekitar Bandar Bentong.