
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak NADI E-Sukan akan melaksanakan kelas kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan bagi minggu ketiga bulan Januari 2026 seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Etika & Sikap Pemain E-Sukan
Tarikh: 16 – 18 Januari 2026
Maklumat Penting Mengenai Kelas:
• Setiap NADI WAJIB menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta bagi setiap kelas.
• Kehadiran adalah WAJIB dan perlu direkodkan di dalam LMS NADI E-Sukan.
• Akses kelas dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari kelas berlangsung.
• Peserta hendaklah berada di pusat NADI semasa mengikuti kelas.
• Peserta yang sama atau berbeza boleh digunakan bagi setiap kelas.
• Petugas bertanggungjawab memastikan kehadiran peserta ditanda dalam LMS bagi tujuan rekod dan laporan.
📲 Untuk maklumat lanjut & pendaftaran, boleh hubungi petugas Nadi Taman Muhibbah: 011-6296 4001
@ https://wa.link/0259pi
#naditamanmuhibbah