mcmc
Maklumat Am

Kelas Agama (KAFA)

Kelas Agama KAFA terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Taman Muhibbah. Terdapat dua kelas KAFA, iaitu di Taman Muhibbah dan Taman Harmoni. Kelas KAFA di Taman Harmoni untuk pelajar Tahap 1 manakala kelas KAFA di Taman Muhibbah untuk pelajar Tahap 2. Kelas bermula jam 2.30 dan berakhir pada jam 5.30 petang.

OBJEKTIF KAFA

  1. Untuk mewujudkan suatu sistem kelas pengajia Al-Qur’an dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh negara.

    2. Untuk memastikan kanak-kanak di negara ini yang berumur antara 6 hingga 12 tahun dapat membaca Al-Qur’an dengan baik/betul dan dapat mempelajari serta mengamalkan perkara-perkara asas yang menjadi fardhu kepada seseorang Islam.

    3. Untuk memperkukuhkan asas pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memastikan murid-murid di sekolah tersebut mencapai tahap tinggi dalam pendidikan dan pengetahuan agama ISlam, khususnya kemahiran dalam pembacaan Al-Qur’an dan beramal dengan perkara-perkara yang fardhu