Keropok Lekor Sujoh mula beroperasi pada November 2016. Pemiliknya merupakan seorang wanita bergelar pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Karak. Beliau berasal dari Terengganu. Produk ini di usahakan oleh keluarga beliau sejak sekian lama namun tidak di komersilkan. Setelah mendirikan rumah tangga dan mula menetap di Pahang, beliau mengambil keputusan untuk mengkomersilkan perniagaan ini. Ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana produk yang sangat berkualiti, segar dan sedap. Sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari penduduk Bentong sendiri mahupun pengunjung yang singgah di kedai mereka. Sesetengah bahan mentah di import dari Terengganu seperti isi ikan. Keropok lekor dan pencicah di buat setiap hari dan dihabiskan dalam hari yang sama. Pemiliknya merancang untuk menambah saiz kedai memandangkan permintaan semakin tinggi.