SELAMAT DATANG
KE
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
TAMAN MUHIBBAH
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Taman Muhibbah, Bentong mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Di Pahang sahaja,terdapat 90 NADI.
WAKTU OPERASI Pi
Dibuka pada setiap hari = 7 hari seminggu |
Dari jam : |
Isnin hingga Ahad |
9.00 pg hingga 6.00 ptg Jumaat rehat jam 12.30-2.30 ptg |
ALAMAT |
NADI Taman Muhibbah mula ditubuhkan pada tahun 2015. Tempat yang dahulunya sebuah tanah kosong bersebelahan bangunan KRT JKKK Bukit Piatu ini telah dipersetujui oleh ahli JKKK Bukit Piatu untuk dibangunkan menjadi NADI Taman Muhibbah. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang positif kepada penduduk Taman Muhibbah, Bukit Piatu dan kawasan Benus serta masyarakat sekitarnya.
Objektif NADI Taman Muhibbah
- Memberi pendedahan berkaitan ICT.
- Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar.
- Mendidik masyarakat menggunakan komputer dan internet.
- Menyemai rasa yakin masyarakat/ahli yang tidak pernah menggunakan komputer/internet.
- Menganjurkan bengkel-bengkel khas untuk manfaat tambahan kepada ahli Pi seperti bengkel pembangunan blog dan bengkel mencipta laman web.
- Mempelbagaikan program untuk ahli bagi menyahut seruan kerajaan untuk Multimedia Super Corridor(MSC).
Aktiviti Ahli NADI
Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut
1. Kelas Asas Komputer
– NADI akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli – ahli yang berminat untuk menyertai.
2. Bengkel membangunkan blog Kelas Asas Komputer
– Bengkel ini akan disertai oleh ahli-ahli dewasa. NADI akan menganjurkan kelas asas penggunaan komputer secara percuma kepada ahli – ahli yang berminat untuk menyertai.
3. Bengkel movie maker
– Bengkel ini mendedahkan masyarakat tentang pembuatan klip video gambar.
4. Ruangan aktiviti NADI
– Bagi memberi maklumat kepada ahli NADI tentang program-program yang telah, sedang dan akan dilaksanankan.
5. Bengkel kesedaran
– Diadakan untuk tujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kepentingan ICT terhadap kehidupan harian.
6. Penerapan Nilai Murni
– Menerapkan nilai-nilai murni seperti membaca melalui latihan menaip buku-buku tauladan bagi kanak-kanak 6 hingga 8 tahun.
Selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan seperti di atas, NADI juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain, iaitu : Fotostat Cetakan (hitam dan berwarna) Binding Laminating Pengimbas/Scanner Penduduk setempat mengusulkan agar PEDI mempunyai perkhidmatan pos dan mesin fax. Jumlah ahli NADI Taman Muhibbah berjumlah 1,703 orang sehingga 6 Ogos 2017