mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Nasi Ayam Pak Hamid

Nasi Ayam Pak Hamid merupakan nasi ayam tersohor dan paling lama bertapak. Restoran tersebut menjadikan nasi ayam sebagai menu utama. Menu sampingan hanyalah mihun sup dan mee kari. Resipi yang digunakan adalah rahsia keluarga turun-menurun serta segala bahan, rempah ratus dan ramuan adalah hasil air tangan anak beranak Pak Hamid sendiri. Resipi dan ramuan turun-temurun ini ternyata menjadi taruhan utama perniagaan keluarga berkenaan yang mula berniaga di Benus sebelum berpindah ke premis kedai makan yang lebih mesra pelanggan di Bentong, Pahang pada 1970. Perniagaan ini kini diwarisi anak perempuan arwah Pak Hamid dan diuruskan oleh Pak Usop, iaitu menantu kepada Pak Hamid.  Mungkin disebabkan itu jugalah, Menteri Besar Pahang adalah antara pelanggan yang pernah merasai kelazatan makanan yang dihidangkan di kedai Pak Hamid. Restoran Pak Hamid ini terletak di deretan kedai berhadapan dengan stesen bas Bentong atau di belakang pasar raya Tong Fatt.