Program Literasi ICT di Kg. Lebak
Pada 17 Disember 2017, PI Gugusan Bentong telah mengadakan program Literasi ICT dan gotong-royong bersama masyarakat orang asli di Kampung Lebak. 6 buah PI bergabung tenaga dan sumber untuk menjayakan program yang dirangka dalam masa yang singkat. Program ini disertai oleh seluruh penduduk kampung yang berjumlah seramai 400 orang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah program mewarna, pengenalan kepada computer, sesi soal jawab dan penerangan tentang kepentingan internet dan kelebihan Pusat Internet. Majlis ini dihadiri dan dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong.