Semalam telah berlangsung satu program terbesar di Bentong untuk tahun ini. Sempena Tahun Melawat Pahang 2017. Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah datang ke majlis sambutan Tahun Baru Cina Kebangsaan. Program tesebut merupakan satu acara besar untuk di ingati oleh rakyat entong dan seluruh rakyat Malaysia. Beliau datang pada jam 8.00 malam. Kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 10,000 orang. Perdana Menteri diiringi oleh Dato’ Seri DiRaja Adnan Bin Haji Yaakob selaku Menteri Besar Pahang dan Dato’ Sri Liow Tiong Lai selaku Ahli Parlimen Bentong. Majlis tamat kira-kira jam 11.00 malam. Acara utama pada majlis tersebut adalah Yee Sang, iaitu upacara Makan Besar bagi masyarakat Cina di malam perayaan sambutan Tahun Baru Cina. Selain itu, terdapat tarian singa dan tarian kebudaayan yang dipersembahkan oleh penari Istana Budaya.