mcmc
Maklumat Pi1M

Sekolah Henry Gurney

Penubuhan Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) adalah untuk menyediakan pendidikan secara formal di institusi penjara dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia. Pendidikan di penjara ini disediakan kepada penghuni yang berumur antara 15 hingga 21 tahun. Terdapat dua kumpulan pelajar yang bersekolah iaitu juvana di Sekolah Henry Gurney dan banduan muda di Sekolah Integriti. Bermula pada tahun 2008, enam SI dan dua SHG ditubuhkan bagi memberi peluang kedua kepada juvana dan banduan muda memperbaiki diri dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Sehingga 2017, terdapat lapan (8) SI dan empat (4) SHG di seluruh negara.

KONSEP PELAKSANAAN

  • Menyediakan sistem pendidikan formal berdasarkan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pengurusan dan pentadbiran sekolah di bawah Sektor Pendidikan, Jabatan Penjara Malaysia.
  • Jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam urusan profesionalisme guru dan operasi pendidikan.
  • Pengelasan pelajar bukan berdasarkan umur tetapi mengikut tahap pencapaian akademik.
  • Kelas- kelas yang ditawarkan :

1.

 3M (Membaca, Menulis dan Mengiraa

2.

Tingkatan 1 dan 2

3.

PraSPM

4.

STPM

5.

SPM

PERANAN KPM

  • Urus setia Mesyuarat Pengoperasian SI dan SHG
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Juvana dan Banduan Muda
  • Menyediakan dan menempatkan guru mengikut keperluan di SI dan SHG
  • Kemudahan buku teks dan keperluan pembelajaran murid yang lain tertakluk kepada permohonan yang dikemukan oleh pihak JPM dan bergantung kepada kedudukan kewangan sedia ada KPM.