
Ini Mungkin Hasil Daripada Minum Air Teh Tarik Setiap Pagi. Ditambah Dengan Kopi Viral Petang-Petang.
Satu cawan teh tarik waktu pagi.
Tambah satu lagi teh susu viral waktu petang.
Campur kopi manis waktu tengah hari.
Kadang-kadang, air boba manis tahap dewa hujung minggu.
Kita tak nampak apa-apa berlaku.
Tak rasa sakit. Tak rasa berat. Tak rasa bersalah.
Tapi dalam diam, hati kita sedang menyimpan lemak.Bukan lemak dari lauk daging atau minyak, tapi dari gula berlebihan yang tak digunakan badan.
Gula itu ditukar menjadi lemak. Dan ia disimpan dalam hati. Inilah yang dipanggil fatty liver.
Fatty liver bukan lagi penyakit orang obes.
Ramai yang kurus pun dah kena.
Bezanya, ia tak berbunyi. Tak beri tanda. Sampailah hati mula rosak perlahan-lahan.
Kalau anda rasa badan okay, tapi setiap hari minum air manis pekat. Mungkin anda patut mula risaukan hati anda.
Kurangkan gula tambahan.
Lebihkan air kosong.
Bergerak lebih kerap.
Fatty liver boleh pulih, tapi hanya kalau anda mula jaga dari sekarang
Sumber: Facebook Public Health Malaysia