mcmc
Pendidikan

TASKA

TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak. Taska boleh didefinisikan sebagai”mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun kebawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah.” TASKA adalahberbeza dari TADIKAdan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu ibubapa menjagaanak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska perlu didaftarkandengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat. TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun. Terdapat lapan buah taska di Bentong, iaitu Taska Kasturi, Taska Anakku Harmoni, Taska Oly, Taska Nur Ain, Taska Nur Hadhinah, Taska Anakku Harmoni (cawangan), Taska di Rumah Chan dan Taska Elektrisola. Taska seharusnya menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa, menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu, menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat, menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil, menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal. Komponen pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu seperti berikut, bahasa dan Komunikasi, pendidikan Kerohanian dan Moral, perkembangan Kognitif, perkembangan Sosioemosi, perkembagan Fizikal dan kreativiti dan Estetika. Kumpulan Sasar, Kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.